PENGENALAN
SIAPA KAMI
KOPERASI HARTANAH RAKYAT TERENGGANU
Selaras
dengan matlamat pembangunan utama Malaysia bagi mencapai status negara maju
dengan Wawasan 2020, Koperasi Hartanah Rakyat Terengganu Berhad (COPROP)
melihat kepada Negeri Terengganu berpotensi
untuk berkembang dengan lebih maju. Memandangkan taraf hidup di Negeri
Terengganu yang semakin meningkat, elemen kediaman mampu milik akan
melengkapkan lagi mutu hidup rakyat Terengganu. Koperasi Hartanah Rakyat
Terengganu adalah merupakan iltizam Malaysia untuk mewujudkan lebih peluang
kepada mereka yang ingin memiliki rumah kediaman pertama mengikut lokasi yang
diingini dengan harga berpatutan. Selain itu, COPROP telah membentuk MKC FARM
COPROP iaitu sebuah entiti khas bagi memajukan projek musang king di negeri
pantai timur.
LATAR BELAKANG
Koperasi Hartanah Rakyat Terengganu juga menyediakan pelbagai perkhidmatan berasaskan pembangunan hartanah kepada kediaman mampu milik dengan memberi satu cadangan pembiayaan yang bersesuaian dengan kemampuan dan kepuasan setiap pelanggan. Pelanggan berhak membuat pilihan lokasi serta mengubah spesifikasi kediaman sesuai dengan keputusan semakan kelayakan pembiayaan perumahan . Pelbagai produks dan pakej di tawarkan supaya membantu rakyat yang berhasrat memiliki rumah kediaman sendiri. Koperasi juga menawarkan satu saluran untuk menjana pendapatan tambahan melalui pemilikan dusun komersil durian musang king yang mampu milik.
Visi
Koperasi Hartanah Rakyat Terengganu Berhad (COPROP) bertanggungjawab menyediakan hartanah dan membina rumah mampu milik khas dan juga membangunkan projek komersil musang king untuk ahli dan pelanggan COPROP.
Misi
Menjadi pemaju hartanah mampu milik untuk rakyat sebagaimana hasrat Kerajaan Negeri untuk membantu memenuhi keperluan permintaan perumahan dan hasil pertanian yang semakin meningkat.
Nilai-nilai bersama
- Prihatin
- Professional
- Bertanggungjawab
- Ketulusan
KENALI
AHLI LEMBAGA COPROP

